Header Ads

Adakah Aku Akan Bosan Dengan Motor 150cc?

Ya.. Inilah dia persoalan yang diajukan dalam internet ketika aku tengah sedap layan Youtube. Tajuk asalnya lebih kurang 'Will I Get Bored?' tapi motor yang dia gunakan adalah 250cc (Ninja).

Selama beberapa hari juga aku fikirkan soalan ni. Hmm.. seperti yang kita tahu, di negara-negara luar, motorsikal bawah 300cc mendapat gelaran 'toy bikes' dikalangan penunggang. Kerana apa? Ya, kerana ia underpower.

Motorsikal berkuasa 300cc ke bawah seringkali kurang dipandang, namun masih mendapat reviu-reviu dari vlogger yang berminat dengannya. Cuma 200cc ke bawah dilayan seperti anak tiri. Kadangkala dipandang, seringkali kehadirannya tidak diendahkan.

Tak percaya buka saja Youtube, taipkan kata kunci 'FZ150i Review 2013'. Ada jumpa yang berkaitan? Takde kan.. Paling kurang pun reviu Duke 200 sahaja yang bermaharaja lela. Itupun reviu dari vlogger negara India. Eheh..


Kenapa? Apa puncanya? Tak salah lagi, berkemungkinan motor-motor seperti ini jika diluar negara terutamanya barat ia hanya layak digunakan untuk ke pasar-pasar saja. Hanya kita di sini yang menggunakannya untuk long distance, kenderaan harian ke tempat kerja dan sebagainya. Masakan tidak, big bikes di negara ini harganya super-duper mahal! Tahniah kerajaan!

Jadi berbalik kepada persoalaan entri kali ini, adakah aku akan bosan dengan motor 150cc yang 'underpower' ini? Jawapannya tak. Betul ia memang motor yang kurang kuasa kuda, tapi tak bermakna aku akan bosan hanya kerana ia tak laju!

Sejujurnya, FZ150i ini boleh dikatakan 'sedap' untuk dibawa. Pedulikan 150cc-nya, tapi cuba bawa ia tanpa memperdulikan mengenai cc, 'feel' enjinnya boleh dikatakan bagus dan sukar untuk membuatkan rider menjadi bosan.

Kalau nak dibandingkan dengan penunggang-penunggang yang dah bawa motorsikal 300cc ke atas memanglah sangat tidak adil! Budak sekolah rendah punya minda ke buat perbandingan macam tu?

FZ150i sangat bagus untuk kenderaan harian, tak kira bawa pergi kerja atau digunakan untuk perjalanan jarak jauh, motor ni memang amat baik bagi para penggunanya. Dalam banyak-banyak motor, FZ150i paling kurang dengar mengenai apa-apa 'isu' yang kurang menyenangkan hati dan poket. Jadi selamatkan minda anda daripada gosip-gosip bodoh, FZ150i tetap dihati walaupun kelajuan maksimanya cuma 130kmj GPS!

No comments

Powered by Blogger.