Header Ads

FZ Hitam Ku Bawa Pulang

11hb Mac 2013 merupakan hari paling 'luck buat aku. Mana tidaknya, sepanjang hidup aku sebelum ni belum pernah merasa tunggang motor berkuasa kuda yang agak besar. Rasa macam orang paling bertuah dalam dunia bila FZ 150i berwarna hitam aku bawak balik dari kedai.

Sebelum ni aku pergi balik kerja menggunakan motor yang pertama aku beli dengan gaji aku, GT 128. Mujur kedai tempat aku beli FZ tu terima GT 128 dengan hati yang terbuka. Biasa la, motor Malaysia, plate Perak pulak tu. Sebelum ni adik aku ada menyatakan 'kesudiannya' untuk mengambil GT 128 aku, namun aku tolak secara baik kerana motor tu dah terlalu 'gelong' kalau nak diberi kepada orang lain pun. Biarlah kedai yang membaikinya, pandai-pandailah pomen kedai tu buat kerja.

Duduk je atas motor, takde lain dalam kepala. Duk atur macam mana nak tarik clutch, masuk gear, sungkit gear. Mana taknya, ni la dia motor clutch pertama yang aku guna secara official, milik diri sendiri. Sebelum ni pernah la cuba bawak motor 125Z member, tu pun tak sampai 5 minit.

Aku cuba keluar dari kedai di Dengkil, menghala ke stesen minyak berdekatan. Belum pun sempat tokey kedai tu bagi ceramah free dekat aku pasal motor ni, aku dah lepas clutch dan beredar tanpa sempat menoleh kebelakang. Seriau der, first time bawak motor clutch ni, dekat Dengkil pulak tu. Faham-faham je la Dengkil agak sesak sikit, tambah lagi kalau orang baru balik kerja.

Gambar Hiasan

Sampai di stesen minyak Shell, aku tengok banyak pulak motor-motor lain berpusu-pusu nak isi minyak jugak. Mujur la enjin motor tak mati. Kalau tak malu aku. Hehe..

Lepas isi minyak, memang malu tu datang tanpa diundang. First time untuk segalanya punya pasal, aku terkial-kial cari cara nak tutup balik penutup tangki minyak. Aduhai. Tebal muka aku dibuatnya. Kalau hiris dengan pisau confirm tak keluar darah. Nasib aku berjaya tutupkannya lepas godek-godek dengan kunci motor tu. Ahhh..

keluar je dari stesen minyak, aku menghala ke lampu trafik, musuh utama untuk first timer bawak motor clutch macam aku. Apa lagi, hijau je lampu, cepat-cepat aku tarik throttle, konon tak nak biarkan enjin mati. Tapi bila nak masuk gear 2, enjin meraung-raung. Aku dah panik, kenapa la tiba-tiba tak boleh masuk pulak ni.. Ada satu lori kat belakang aku duk hon-hon. Ceh.. Bila aku tenang sekejap, baru aku teringat gear 2 kena sungkit ke atas. Hahaha.. damn..

Jadi sampailah aku di rumah dengan selamatnya pada hari tu, walaupun jadi jugak insiden memalukan lepas aku sampai depan pondok pak guard, boleh mati enjin kat situ pulak. Arghhh.. malu!

So cukuplah coretan aku hari ni. Aku nak lap sikit FZ aku ni. Heheh..

No comments

Powered by Blogger.